suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia X Umum Terbang 6 Kali Seminggu Ke Tokyo

KUALA LUMPUR: AirAsia X mengumumkan akan menambah kekerapan penerbangannya ke Tokyo (Haneda), Jepun, daripada tiga penerbangan seminggu ketika ini kepada enam bermula 23 Mac depan.

AirAsia X dalam satu kenyataan di sini, menyatakan, mulai 22 Jun, ia akan menawarkan perkhidmatan penerbangan harian dari Terminal Penerbangan Tambang Rendah di Kuala Lumpur ke ibu kota Jepun itu.

Selain itu syarikat penerbangan itu ketika ini terbang empat kali seminggu ke Osaka.

"Peningkatan penerbangan ke dan dari Tokyo itu adalah adalah susulan daripada pertambahan permintaan bagi sektor tersebut yang terus menyaksikan peningkatan kukuh jumlah penumpang, dan hasil, daripada tempoh AirAsia X kali pertama mula terbang ke ibu kota Jepun itu pada 9 Disember 2010.

"Dengan rangkaian meluas dan jenama kukuh kami di Jepun, kami terus menumpu untuk mengembangkan pasaran teras sedia ada kami.

"Kami bersedia untuk memanfaatkan peningkatan berterusan permintaan perjalanan udara ke dan dari Jepun," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Azran Osman-Rani dalam kenyataan itu.

Sempena tambahan kekerapan penerbangan ke Jepun itu, AirAsia X menawarkan pelanggan promosi tambang terangkum serendah RM199 sehala bagi tambang ekonomi ke Tokyo dari Kuala Lumpur. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain