suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4,000 Ekor Lembu Di Terengganu Akan Diberi Suntikan Permanian Beradas

KUALA TERENGGANU: Kira-kira 4,000 ekor lembu betina di Terengganu akan diberi suntikan permanian beradas tahun ini bagi menambah bilangan ternakan berkenaan, kata Pemangku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri, Dr Hamidah Helman.

Beliau berkata tahun lepas, kira-kira 3,600 ekor lembu telah disuntik.

Para penternak yang berminat untuk menyertai program itu boleh menghubungi JPV di daerah masing-masing, katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Jurusuntik Permanian Beradas 2010-2011 di sini, Isnin.

Bayaran yang dikenakan ialah RM20 untuk satu suntikan.

Dr Hamidah berkata populasi lembu di Terengganu telah meningkat kepada lebih 100,000 ekor sejak program itu diadakan sejak 10 tahun lalu.

Pada masa sama, katanya JPV mahu mengembangkan tugas jurusuntik permanian beradas kepada golongan muda untuk menjadi pelapis pada masa depan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain