Pantau Awal Ahli Umno Ingkar: Najib - Semasa | mStar

Pantau Awal Ahli Umno Ingkar: Najib

KUALA LUMPUR: Umno akan menggerakkan Jawatankuasa Disiplin parti itu lebih awal sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi memantau kemungkinan anggotanya bertindak bertentangan dengan dasar parti.

Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pemantauan awal dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengelakkan timbul lebih banyak masalah menjelang pilihan raya.

"Kebiasaannya Jawatankuasa Disiplin akan mengambil tindakan selepas pilihan raya, tapi ada ahli MT (Majlis Tertinggi) yang cadangkan agar ia dikuatkuasakan lebih awal.

"Kita mahu ambil pendekatan proaktif, setiap pilihan raya mesti ada kelakuan yang bertentangan dengan parti.

"Contohnya ada yang dapat jadi calon...tidak puas hati, malah tindakan penyokongnya juga boleh merosakkan parti. Jadi elok kita ambil tindakan awal," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi Umno tahun ini di sini, Jumaat.

Selain itu menurut Najib, sebelum ini Jawatankuasa Disiplin hanya akan mengambil tindakan selepas pilihan raya berakhir.

Mengulas lanjut, Najib berkata Jawatankuasa Disiplin mempunyai kuasa autoriti dalam menentukan tindakan yang bakal diambil terhadap anggota Umno yang melanggar undang-undang parti itu.

"Kalau ada apa-apa tindakan disiplin, proses (yang bakal diambil) adalah adil.

"Namun hingga kini belum ada apa-apa aduan rasmi. Kita nak pantau awal, kita tak mahu selepas pilihan raya baru nak pantau," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Rotavirus: Dua Bayi Maut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain