Aliran Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Perlahan - Semasa | mStar

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Bergerak Perlahan

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di lebuh raya utama negara tengah hari ini dilapor bergerak perlahan, dengan kemalangan di beberapa lokasi.

Menurut laman web twitter Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) terdapat kemalangan di Km 368.6 arah selatan (Sungkai-Slim River) dan di Km 270.2 selepas R&R Seremban arah selatan.

Selain itu, laman twitter PLUS melaporkan trafik bergerak perlahan di sepanjang dua kilometer di tempat kejadian.

Tiada penutupan lorong dilakukan.

Menurut laman web itu, trafik kembali normal dan bergerak lancar sebelum persimpangan Nilai menuju ke selatan.

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya agar memandu dengan selamat ke destinasi dan tidak memperlahankan kenderaan semata-mata untuk melihat kemalangan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain