suria

Perak Tuan Rumah Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan

IPOH: Perak akan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada sambutan perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 28 Januari depan.

Kali terakhir Perak menjadi tuan rumah ialah pada tahun 2004.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, perayaan itu akan diadakan di Lapangan Terbang Sitiawan berhampiran dan adalah dijangka akan menarik kedatangan sehingga 50,000 pengunjung.

“Para tetamu bukan sahaja akan dipersembahkan dengan tarian singa dan naga tetapi juga persembahan paluan 24 gendang serta dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi terkenal seperti M. Nasir, Penny Tai, pemain violin terkenal Joanne Yeoh, Dennis Lau dan penyanyo klasikal India Shruthi Jayashankar,” katanya kepada para pemberita pada Rabu. Mah berkata pihak penganjur akan cuba mempersembahkan 212 tarian singa dalam usaha untuk memecah rekod 168 tarian yang setakat ini tercatat dalam the Malaysia Book of Records.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka hadir sebagai tetamu kehormat.

Artikel Berikut

Artikel Lain