suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Airport Limo Lancar Perkhidmatan 'Concierge' Gaya Hidup

KUALA LUMPUR: Airport Limo Malaysia (ALM) Concierge Sdn Bhd, anak syarikat ALM Group of Companies pada Selasa melancarkan perkhidmatan 'Lifestyle Concierge' untuk memenuhi keperluan khusus para penggunanya.

Ketua Eksekutif ALM Group, Asyaharim Abdul Latiff berkata ia merupakan perkhidmatan terbaru daripada syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari pengangkutan sehinggalah ke keperluan pengembaraan yang lain para penggunanya dengan hasrat meningkatkan gaya hidup mereka.

"ALM Concierge berhasrat membawa perkhidmatannya ke setiap individu, tanpa mengira status pendapatan mereka dan menyediakan harga yang fleksibiel - dari tempoh setiap jam sehinggalah ke setiap bulan, mengikut ketersediaan individu," kata Asyaharim kepada pemberita selepas pelancarannya di sini Selasa.

Perkhidmatan "Lifestyle Concierge" menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan perjalanan yang termasuklah pemandu peribadi, pembantu pengembara (seperti menyewa kereta dan panduan destinasi dan lawatan bandar yang telah disesuaikan.

Asyaharim berkata syarikat turut menyediakan perkhidmatan persendirian yang termasuklah katering dan lain-lain pengaturan hiburan di kawasan Lembah Klang dan bahagian lain negara yang mempunyai permintaan.

Untuk maklumat lanjut, boleh lawati laman sesawang syarikat di www.almgroup.my. - BERNAMA

Artikel Lain