Kementerian Pelajaran Nafi Hanya 260 Guru Terlatih Dihantar Ke SJKC - Semasa | mStar

Kementerian Pelajaran Nafi Hanya 260 Guru Terlatih Dihantar Ke SJKC

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan sebuah pertubuhan pendidikan Cina kononnya hanya 260 guru terlatih dihantar bertugas ke sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sebenarnya seramai 837 guru terlatih telah dihantar bertugas ke SJKC di seluruh Malaysia dan mereka ini akan memulakan tugas pada Isnin ini.

"Ini menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh mereka tidak benar sama sekali, dan apa yang diperkatakan mereka jelas ingin memberi gambaran buruk masyarakat Cina tentang Kementerian Pelajaran," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Wee juga menafikan dakwaan kononnya Kementerian Pelajaran tidak memberi bantuan peralatan kerusi dan meja kepada sebuah SJKC di Kuala Lumpur.

"Walaupun mungkin yang diberikan oleh kita adalah sebanyak 28 buah kerusi dan meja tetapi yang mereka minta adalah sebanyak 50 buah, ini menunjukkan kita memberinya tetapi dakwaan mereka ialah kita langsung tidak pernah memberi apa-apa bantuan.

"Ada juga yang mendakwa sudah lima tahun kita tak pernah beri apa-apa, ini tidak benar sama sekali. Yang terbaru kita telah serahkan kerusi meja baru kepada SJKC tersebut dan ia telah diperakukan oleh guru penolong kanan sekolah itu," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain