Ketua Umno Larut Cadang Selama Dinaik Taraf Jadi Daerah

IPOH: Selama yang terletak dalam kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) perlu dinaik taraf menjadi sebuah daerah bagi mempercepatkan pembangunan di kawasan itu, kata Ketua Umno Bahagian Larut Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata kawasan kecil itu kini berada di landasan yang betul untuk berkembang daripada segi ekonomi dan pembangunan seperti daerah lain di Perak.

"Saya menggesa kerajaan negeri agar segera mengkaji saranan ini kerana Selama mempunyai kekuatan untuk berdiri sebagai sebuah daerah seperti Kampar yang diisytiharkan sebagai daerah ke-10 negeri Perak pada 21 Mei 2009.

"Dengan menjadi sebuah daerah akan memberikan kelebihan kepada penduduk tempatan daripada segi peluang pekerjaan serta peluang ekonomi yang lain," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Raja Ahmad Zainuddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubu Gajah, berkata pelbagai bentuk pembangunan boleh dirancang dengan baik dan teliti sekiranya Selama diterajui oleh seorang Pegawai Daerah.

Katanya keputusan kerajaan membina Pusat Pengeluaran Kambing Boer Negara serta pembinaan Lebuh Raya Jelas menghubungkan Jelapang-Selama-Batu Kawan akan membantu Selama untuk maju. - BERNAMA

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain