Polis Temerloh Tumpas Kumpulan Remaja Aktif Pecah Rumah, Curi Motosikal - Semasa | mStar

Polis Temerloh Tumpas Kumpulan Remaja Aktif Pecah Rumah, Curi Motosikal

TEMERLOH: Polis Daerah Temerloh berjaya menumpaskan sebuah kumpulan remaja bawah umur yang aktif melakukan aktiviti pecah rumah dan mencuri motosikal sepanjang tahun lalu di sekitar Taman Temerloh Jaya, Temerloh Makmur dan Taman Bahagia di sini.

Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Nor Mansor berkata kumpulan itu yang merupakan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun melakukan kegiatan pecah rumah yang ditinggalkan oleh penghuni kerana bercuti.

"Kumpulan itu turut mencuri motosikal pada waktu malam dan kebanyakan barang yang dicuri dijual kepada orang yang tidak dikenali dan juga untuk kegunaan mereka sendiri," katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Menurutnya hasil maklumat awam, tiga remaja tersebut ditangkap di tiga buah rumah berasingan di Taman Temerloh Jaya dan Temerloh Makmur pada 29 Dis lepas, namun perancang kumpulan itu yang berusia 17 tahun masih bebas.

Mohd Nor berkata dengan penangkapan tiga anggota kumpulan terbabit, pihaknya percaya berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah, empat kes curi motosikal dan beberapa kes curi tong gas serta basikal di tiga taman perumahan tersebut.

Katanya antara barang curi yang ditemui semula daripada kumpulan itu ialah enam buah pembesar suara, dua unit dekoder Astro, satu unit pemain video digital, dua motosikal mini dan lima buah tong gas.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 179A akta yang sama berkaitan curi motosikal.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nor berkata pihaknya berjaya menurunkan kes jenayah indeks sebanyak 6.3 peratus sepanjang tahun lalu yang membabitkan 446 kes jenayah yang dilaporkan berbanding 476 kes pada tahun 2010.

"Polis Temerloh juga berjaya menyelesaikan 50.9 peratus atau 227 kes tahun lalu berbanding 276 kes atau 57.98 peratus pada tahun 2010 yang sebahagian besar adalah berkaitan curi motosikal dan pecah rumah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Polis Berjaya Kurangkan Jenayah Pada 2011

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain