suria

Perhimpunan Agung Umno: Wakil Pahang Ingatkan Pemimpin Jangan Cetus Kontroversi Atau Masalah

KUALA LUMPUR: Umno Pahang menyeru para pimpinan parti tidak menimbulkan sebarang kontroversi atau masalah kerana ia akan menyukarkan pemimpin bawahan untuk menjawab dan mempertahankan Umno.

"Lepas satu, satu kontroversi dan yang terbaru National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Saya minta tolong jangan hangatkan keadaan...," kata Timbalan Umno Bahagian Jerantut, Wan Amizan Wan Abdul Razak yang membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno di Perhimpunan Agung di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kontroversi dan masalah hanya akan membuka peluang kepada pembangkang untuk memfitnah dan menghentam Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dan ini katanya telah pun mereka lakukan semasa perdana menteri sedang mengerjakan ibadat haji.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain