suria

Mangsa Banjir Di Terengganu Berkurangan

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Terengganu berkurangan hampir separuh pagi ini berbanding petang Khamis.

Sehingga 9 pagi ini, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan ialah 1,236 orang berbanding 2,404 orang petang Khamis.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata enam daerah, kecuali daerah Dungun, telah dilanda banjir.

Mangsa yang berada di pusat pemindahan ialah 89 di Besut, 31 di Hulu Terengganu, 243 di Kemaman, lapan di Kuala Terengganu, lapan di Marang dan 857 di Setiu.

Menurut jurucakap itu paras air sungai yang melebihi paras bahaya semalam telah turun pagi Jumaat. - BERNAMA

Artikel Lain