30 Peratus Bangunan Masih Belum Ada Sijil Kebakaran - Bomba

PUTRAJAYA: Sebanyak 30 peratus daripada lebih 5,000 bangunan di seluruh negara masih belum mempunyai sijil kebakaran (FC), kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Namun beliau berkata hanya bangunan yang besar dan berisiko seperti kompleks membeli-belah sahaja yang memerlukan FC dan bukannya semua bangunan.

"Antara sebab ada bangunan yang masih belum mempunyai FC adalah kerana bangunan tersebut masih belum mematuhi syarat yang ditetapkan untuk memperoleh FC, contohnya seperti bangunan lama.

"Biasanya bangunan lama pelan pun tidak ada. Tapi bila nak dapatkan FC, pelan perlu ada," katanya kepada pemberita pada Seminar Keselamatan Kebakaran JBPM Putrajaya 2011 di sini Khamis.

Wan Mohd Nor menjelaskan setelah bangunan mempunyai FC, pihak bomba akan memeriksa setiap tahun bagi memastikan keadaan penyelenggaraan peralatan keselamatan kebakaran dan lain-lain di dalam bangunan itu berada dalam keadaan baik.

"Kita perhatikan apabila bangunan ada FC, ia memberikan hasil yang bagus. Maklum balas dari syarikat insurans terutamanya sangat positif kerana bangunan yang berisiko ini kurang berlakunya kecemasan," katanya.

Beliau berkata pemilik bangunan besar dan berisiko yang tidak mendapatkan FC boleh didakwa di mahkamah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain