suria

Beratus-Ratus Penumpang ETS Terkandas

Oleh CHAN LI LEEN

IPOH: Gangguan elektrik menyebabkan beratus-ratus penumpang perkhidmatan ETS terkandas di Stesen Tapah, dekat sini pada Jumaat.

350 penumpang lagi yang sepatutnya menaiki tren pada pukul 2 petang pula terpaksa menunggu selama beberapa jam di Stesen Keretapi Ipoh.

Ketua Pegawai Operasi ETS, Azizullah Kinatatullah berkata, gangguan elektrik tersebut berlaku di salah satu laluan di antara Tapah dan Ipoh.

"Tren tidak boleh beroperasi tanpa bekalan elektrik. Kami tidak pasti apa yang menyebabkan gangguan elektrik tersebut, namun sedang berusaha untuk menanganinya," katanya.

Azizullah juga berkata, bus telah dihantar ke Stesen Tapah untuk mengambil penumpang yang terkandas.

"Kami juga telah mengaturkan perkhidmatan bas untuk membawa penumpang dari Ipoh ke Kuala Lumpur," tambahnya.

Artikel Lain