suria

Rais Harap Ramai Pakar Sejarah Tampil Bantu Pelihara Sejarah Negara

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berharap lebih ramai pakar sejarawan di negara ini tampil untuk membantu memelihara sejarah negara daripada sebarang anasir yang cuba memesongkannya.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata melalui penemuan dan kajian terkini para sejarawan, ia dapat merungkai segala kekeliruan sejarah yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Kementerian berkenaan melalui Jabatan Arkib dan Jabatan Warisan bersedia membantu sejarawan untuk mencari fakta dan bukti sejarah yang boleh memperkukuhkan nilai sejarah negara, katanya.

"Memanggil pakar sejarah merupakan satu cara untuk meyakinkan isu persejarahan negara," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pada persidangan Dewan Rakyat Khamis..

Mohamed Aziz ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan naskah sejarah dan kebudayaan kekal tulen dan terpelihara.

Rais berkata Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Seminar Sejarah pada Februari depan yang akan mengumpulkan semua pakar sejarawan dalam dan luar negara.

"Kita mahu pastikan sejarah negara kita tidak diheret ke sana-sini oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Emas Maut Dilanggar Bas

Artikel Lain