suria

Penyamar Polis Akhirnya Ditangkap Selepas 9 Bulan Diburu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang sedang diburu oleh polis sejak sembilan bulan yang lalu kerana disyaki memperdayakan mangsa-mangsanya dengan berlagak sebagai anggota polis akhirnya berjaya ditangkap.

Lelaki berusia 32 tahun itu telah berjaya memperdayakan 12 orang mangsa dan dipercayai merompak RM10,000 daripada mereka.

Dia menggunakan kad pengenalan polis palsu sebelum memaksa mangsanya masuk ke dalam keretanya dan merompak mereka di tempat yang sunyi.

Pemangku Ketua Polis Bandaraya, Timbalan Superintandan Peter Umbuas berkata, suspek dengan mudah memperdaya dan menakut-nakutkan mangsanya dengan berkata mereka dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam jenayah dan perlu menjalani ujian air kencing.

Kali terakhir dia memperdayakan mangsanya ialah pada 10 November lalu apabila dia merompak lelaki berusia 37 tahun di sini kata Peter Umbuas.

Hasil pemeriksaan polis juga mendapati ujian air kencing suspek didapati positif dadah.

Dia kini sedang disiasat di bawah Seksyen 392 dan 170 Kanun Kesiksaan kerana merompak dan menyamar sebagai pegawai awam.

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain