suria

Dakwaan Hasan Ali Adalah Satu Penghinaan - Asri

KUALA LUMPUR: Dakwaan Pemimpin PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bahawa umat Islam akan dipengaruhi oleh orang Kristian yang menggunakan peranti berteknologi tinggi untuk mencari penganut baru mereka adalah sesuatu yang menghina, kata ulama Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Ia adalah satu penghinaan kepada umat Islam dan keimanan.

"Seolah-olah umat Islam yang mendengar bacaan Bible akhirnya akan terpengaruh," kata Dr Asri dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas mufti Perlis itu berkata, ia seolah-olah menunjukkan pengaruh Bible dapat menandingi Al-Quran.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuntutan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bahawa terdapat penemuan alat berkuasa solar "Bible audio pemegang tangan" yang digunakan untuk menyebarkan agama Kristian.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis berkata JAIS menemui peranti audio tersebut semasa menjalankan kajian ke atas umat Islam yang murtad di negeri ini.

Artikel Sebelum

Tiada Desakan Sesiapa - Tsu Koon

Artikel Lain