suria

Jumlah Aduan Terhadap Salun Kecantikan Terus Meningkat

KUALA LUMPUR: Keghairahan untuk menjadi cantik menyebabkan industri kecantikan dan kesihatan di negara ini berkembang pesat hingga membawa pulangan bilion ringgit.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan adalah banyak aduan yang diterima daripada pengguna yang mendakwa mereka ditipu oleh pengusaha yang mengenakan tawaran harga yang sangat tinggi.

Lebih mengewakan ialah perkhidmatan yang ditawarkan tidak setanding serta menyebabkan kecacatan pada kulit wajah pengguna yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan garis panduan pada bulan hadapan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh pengusaha spa dan salun kecantikan terutamanya yang melibatkan prosedur-prosedur yang dijalankan oleh mereka.

Dalam perkembangan lain:

* Kementerian Kesihatan turut menggesa penggunan supaya tidak malu untuk membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya mereka menjadi mangsa penipuan salun kecantikan;

* Tribunal Tuntutan Pengguna turut menasihatkan pengguna supaya menyimpan bukti serta resit rawatan yang telah dibuat di salun kecantikan sekiranya timbul masalah pada masa hadapan;

* Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna terhadap pengusaha salun kecantikan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 60 peratus.

Artikel Lain