suria

Sebuah Unit Rumah Flat Terbakar Di Segambut

KUALA LUMPUR: Sebuah unit rumah flat di Taman Sri Kuching, Segambut di sini hangus terbakar petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata semasa kejadian 1 petang itu, penghuni rumah terbabit tidak berada di dalam flatnya.

"Bomba terima panggilan dari orang awam pukul 1.12 petang sebelum jentera pertama tiba 15 minit kemudian. Seramai 30 anggota dengan lima jentera dari Balai Bomba Jinjang dan Sentul bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Azizan berkata api di tingkat tiga flat itu dapat dikawal sepenuhnya 10 minit kemudian dan pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran. - BERNAMA

Artikel Lain