suria

Takaful IKHLAS Jadikan Program Derma Darah Acara Tahunan

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Takaful IKHLAS, Raihan Rahim (berdiri) berbual dengan penderma darah yang diadakan di Bangsar.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Takaful IKHLAS, Raihan Rahim (berdiri) berbual dengan penderma darah yang diadakan di Bangsar.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Takaful IKHLAS, Raihan Rahim (berdiri) berbual dengan penderma darah yang diadakan di Bangsar.

KUALA LUMPUR: Syarikat Takaful IKHLAS akan menjadikan program menderma darah sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan syarikat itu.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Takaful IKHLAS, Raihan Rahim, keputusan itu dibuat berikutan sambutan melangkaui jangkaan pihaknya terhadap program menderma darah yang diadakan syarikat itu di The Sphere, Bangsar South pada Rabu.

"Lebih daripada 100 orang penderma hadir menyertai program tersebut yang diadakan hanya sehari dan kami merasakan program sedemikian harus dijadikan program tahunan Takaful IKHLAS," ujarnya.

Dalam pada itu, Raihan memberitahu, program tersebut diadakan atas kesedaran pihaknya apabila Pusat Darah Negara (PDN) mengalami memerlukan stok darah terutaman pada waktu perayaan dan musim cuti.

"Simpanan darah di PDN adalah pada tahap kritikal dan stok yang mencukupi diperlukan bagi menampung keperluan yang tinggi di negara ini.

"Atas dasar itu juga kita bekerjasama dengan PDN dalam usaha menambah bekalan darah di negara ini," ujarnya.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003, merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia yang mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Sehingga kini mempunyai pusat perkhidmatan pelanggan di Pejabat Korporatnya di Bangsar South, Kuala Lumpur serta pejabat wilayah di Klang, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Ipoh, Kuala Terengganu dan Putrajaya.

Artikel Berikut

Artikel Lain