Mipas Pertikai Pelantikan Nallakarupan Sebagai Senator - Semasa | mStar

Mipas Pertikai Pelantikan Nallakarupan Sebagai Senator

PETALING JAYA: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India, pada Rabu mempersoalkan pelantikan Datuk K S Nallakaruppan sebagai senator.

Pada Rabu, Nallakaruppan yang juga Pengasas dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara yang baru.

MIUP yang ditubuhkan selepas Nallakaruppan, bekas rakan sukan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.

“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia satu majlis yang harus di banggakan?

"Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia setelah keluar PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja,” kata Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, MIUP juga bukan sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

“Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Nalla untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?.

“Bagi Mipas, Nalla hanyalah merupakan bekas ‘rakan tenis’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau di lantik sebagai senator?” katanya.

Nallakaruppan, 65, merupakan antara bekas pemimpin PKR sebelum beliau meninggalkan parti itu beberapa tahun selepas penubuhannya.

Sebelum ini, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Kedua-duanya pernah dilabel sebagai antara orang kuat Anwar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain