suria

Lebih Banyak Tanah Akan Diswastakan - Husni

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang menjual beberapa tanah milik kerajaan di negara ini kepada sektor swasta untuk mendapatkan lebih banyak dana bagi pembangunan ekonomi, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata tanah berkeluasan antara tiga dan tujuh ekar setiap satu, dengan mudah boleh memperoleh sebanyak RM1.2 bilion. Banyak tanah milik kerajaan menyaksikan peningkatan dalam nilai, kata beliau dengan memberi contoh tanah di sepanjang projek Sungai Nadi Kehidupan.

"Kita tidak akan menggunakannya (tanah). Jadi mengapa tidak kita menswastakannya dan menjual tanah itu kepada sektor swasta untuk melakukannya (membangunkan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan MIA-AFA 2011, di sini, Rabu.

Sungai Nadi Kehidupan, projek yang bertujuan untuk mengindahkan semula kawasan di Sungai Klang dan Sungai Gombak untuk menjadi tebingan yang cergas dan sesuai didiami dengan nilai ekonomi yang tinggi, merupakan Projek Permulaan (EPP) di bawah Greater Kuala Lumpur/Bidang Ekonomi Utama Negara Lembah Klang (NKEA).

Husni berkata kerajaan telah mengenal pasti beberapa bidang tanah lain untuk dijual termasuk sebidang tanah yang dimiliki oleh kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wisma MCA Disimbah Cat Merah

Artikel Berikut

Artikel Lain