suria

Audit: Kerajaan Alami Kekurangan Dana RM5 Bilion Pada 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan mengalami kekurangan dana berjumlah RM5.95 bilion berikutan perbelanjaan melebihi dana asal iaitu sebanyak RM519.99 bilion pada 2010.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 berkata, Kerajaan Persekutuan membelanjakan dana sebanyak RM525.93 untuk membiayai pembiayaan mengurus, pembangunan, Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), modal, bayaran balik pinjaman dan amanah ataupun deposit.

"Kekurangan dana ini dibiayai dengan wang tunai menjadikan baki wang tunai pada akhir tahun 2010 berkurangan kepada RM21.57 bilion," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Selain itu menurut laporan tersebut, nisbah hutang Kerajaan Persekutuan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada akhir tahun lalu adalah 53.1 peratus iaiti melebihi 50 peratus dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Sementara jumlah hutang negara pada 2010 berjumlah RM407.1 bilion iaitu menyaksikan peningkatan daripada RM362.39 pada 2009.

Bagaimanapun jumlah kutipan cukai pada tahun lalu meningkat sebanyak RM1.01 bilion iaitu RM159.65 berbanding RM158.64 pada 2009.

Artikel Lain