suria

Lebih Ramai Polis Meronda Di Brickfields Sempena Deepavali

KUALA LUMPUR: Polis kini menambah jumlah anggotanya yang membuat rondaan di Brickfields di sini sempena perayaan Deepavali minggu depan, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.

Beliau berkata kadar jenayah di kawasan 'Little India' dipercayai terkawal dengan 200 orang anggota polis diturunkan untuk membuat rondaan di kawasan itu.

"Pada musim perayaan Deepavali ini (26 Okt), kami berharap kadar jenayah di hotspot seperti ini dapat dikawal.

Kehadiran kami ke tempat ini juga boleh memberi keyakinan kepada mereka yang membeli-belah," katanya selepas melakukan 'walk-about' ke bazaar Deepavali Little India malam tadi.

Beliau berharap rondaan seperti itu akan memberi jaminan keselamatan kepada para penjual dan penjaja di kawasan ini dan meningkatnya jumlah pengunjung.

Bagaimanapun beliau mengingatkan orang ramai ke situ supaya berhati-hati dan tidak membawa jumlah wang yang banyak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain