suria

Skim Rondaan Sukarela Perlu Diperluaskan Di Semua Kawsan Perumahan - Raja Nong Chik

KUALA LUMPUR: Skim Rondaan Sukarela (SRS) perlu diperluaskan di semua kawasan perumahan di bandaraya Kuala Lumpur bagi mencegah berlakunya jenayah di samping mengeratkan perpaduan rakyat.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan sentiasa mengambil berat tentang setiap permasalahan yang dihadapi oleh SRS dan bersedia menawarkan bantuan jika diperlukan.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Seri Sentosa di sini, malam Isnin.

Katanya JPNIN sedang berusaha untuk melengkapkan peralatan meronda dan menangani masalah kekurangan tempat bagi membangunkan pusat kawalan Rukun Tetangga (RT) serta SRS bagi memastikan gerak kerja rondaan berjalan lancar.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata kerjasama itu antara polis dan orang awam itu dapat membantu memerangi jenayah di samping meningkatkan integrasi nasional. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain