Simbah Asid: 45 Kes Dicatat Pada 2011 - Semasa | mStar

Simbah Asid: 45 Kes Dicatat Pada 2011

KUALA LUMPUR: Kadar kes simbah asid pada tahun ini mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 45 kes daripada 58 kes keseluruhan yang dicatat sejak 2009.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata, daripada jumlah itu sebanyak 25 kes bersiri berlaku di sekitar Kuala Lumpur melibatkan penggunaan cecair yang mengandungi kandungan asid rendah.

"Polis masih mengenal pasti motif serangan dan komited dalam membanteras kes tersebut. Gambaran lakaran penjenayah turut diedarkan kepada media," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Tebrau, Teng Boon Soon mengenai sejauh mana usaha kerajaan untuk membendung serangan asid.

Menurut beliau, pihaknya akan membuat perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengkaji penggunaan asid dalam industri tertentu agar ekonomi negara tidak terjejas.

Tambahnya, penjenayah yang bertanggungjawab dalam kes ini akan didakwa di bawah Seksyen 324 (sengaja mencederakan dengan senjata) atau Seksyen 326 iaitu menyebabkan kecederaan parah.

"Polis sudah tubuhkan satu pasukan khas bagi memburu penjenayah bagi menangani kes simbah asid melibatkan orang awam yang semakin berleluasa khususnya di sekitar Kuala Lumpur," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 33 kes dikenalpasti dilakukan bermotifkan rompakan, cemburu dan berniat untuk membalas dendam.

"Hanya empat kes tidak dapat diselesaikan kerana mangsa tidak dapat mengecam suspek dan tiada saksi tampil walaupun gambar lakaran telah diedarkan," katanya.

Bagi membantu mangsa serangan asid, beliau berkata, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat diberi tanggungjawab untuk memberi kaunseling kepada mangsa yang mengalami kecacatan kekal dan trauma akibat insiden itu.

Artikel Berikut

SPAD: Dakwaan Pembangkang Tidak Benar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain