Peraturan Baru Diperkenal Di Madinah Untuk Keselesaan Jemaah - Semasa | mStar

Peraturan Baru Diperkenal Di Madinah Untuk Keselesaan Jemaah

MADINAH: Badan pengurusan perjalanan haji Arab Saudi di kota Madinah memperkenalkan beberapa peraturan baru tahun ini bagi kemudahan dan keselesaan jemaah haji.

Pengerusi Muasassah Adillak (National Adilla Establishment), Dr Yusof Hawala, berkata pada musim haji tahun ini, jemaah tidak akan dibenar meninggalkan Madinah menuju ke Makkah bagi menyempurnakan urusan haji selepas jam 11 malam.

Beliau berkata, peraturan itu bertujuan memberikan keselesaan kepada jemaah haji apabila mereka tiba di Makkah nanti bagi membolehkan mereka menunaikan ibadah dengan lebih sempurna dan selamat. "Jemaah juga diminta meninggalkan Madinah untuk ke Makkah selewat-lewatnya 5 Zulhijjah (empat hari sebelum hari wukuf)," katanya kepada kumpulan petugas media Tabung Haji di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh Syed Abdul Rahman, yang membuat kunjungan hormat di pejabatnya.

Dr Yusof berkata, bagi fasa dua urusan haji pula, jemaah hanya dibenar memasuki kota Madinah selepas 14 Zulhijjah, iaitu lima hari selepas hari wukuf untuk program ziarah.

Beliau berkata, segala usaha yang dilakukan pihaknya disasarkan untuk memberi kemudahan keluar dan masuk jemaah haji di kota Madinah, agar dapat memberi keselesaan kepada para jemaah dalam menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Merujuk kepada urusan haji jemaah dari dari Malaysia, katanya beliau mendapat kerjasama yang cukup baik daripada Tabung Haji yang banyak mengadakan perbincangan dengan pihaknya untuk melicinkan perjalanan haji.

Beliau berkata, pihak Tabung Haji mengadakan beberapa perjumpaan dengan pihaknya sejak awal tahun, dan beliau berharap hubungan baik dengan Tabung Haji itu akan berterusan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain