suria

Penduduk Luar Bandar Layak Mohon Lot Kediaman - MB Terengganu

KUALA TERNGGANU: Penduduk di negeri ini yang masih belum mempunyai rumah sendiri digalakkan membuat permohonan untuk tujuan itu dengan penduduk di kawasan bandar boleh memohon rumah manakala penduduk di luar bandar pula boleh memohon tanah untuk tapak rumah.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, ini kerana tanah untuk tapak kediaman di kawasan bandar sudah tidak ada lagi dan kerajaan terpaksa membina rumah mampu milik untuk mereka.

"Mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, bolehlah membuat permohonan untuk mendapatkan lot-lot kediaman atau tanah pertanian kerana didapati masih ada lagi tanah-tanah yang boleh diagihkan kepada rakyat.

"Bagaimanapun mereka yang sudah dapat rumah kediaman, kita tidak beri lagi tanah untuk tapak rumah kepada mereka," katanya. Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan buku elektronik e-Book kepada 454 murid tahun empat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit serta pembahagian 158 geran tanah kediaman dan tanah pertanian di DUN itu di sini, Isnin.

Ahmad berkata, pembahagian lot-lot kediaman dan tanah pertanian itu adalah sebagai merakyatkan pentadbiran dan mendemokrasikan pembahagian tanah kepada rakyat.

Katanya, daripada 158 lot tanah berkenaan, 114 adalah untuk lot tapak rumah manakala selebihnya untuk tanah pertanian.

Pada majlis itu, sebanyak 454 murid darjah empat dari lapan sekolah menerima e-Book melibatkan peruntukan RM454,000. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain