suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dr Chua Minta Masyarakat Cina Sedari Realiti Politik & Tanya Siapa Bakal PM Pakatan

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meminta masyarakat Cina menyedari realiti politik di Malaysia iaitu daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, hanya 46 kerusi merupakan kawasan majoriti masyarakat Cina.

"Jadi jika masyarakat Cina berhasrat untuk melepaskan marah mereka terhadap kerajaan dengan mengundi menentang BN, paling banyak kerusi yang mereka boleh menang ialah 46 kerusi.

"Dan ini hanya membuktikan satu perkara, iaitu mana-mana parti yang berasaskan masyarakat Cina jika ingin menang dan membentuk kerajan mahu tidak mahu perlu bekerjasama dengan mana-mana parti masyarakat Melayu.

"Ini membawa kita kepada satu persoalan penting yang perlu dijawab iaitu siapakah yang bakal menjadi perdana menteri.

"Sehingga ke hari ini, saya masih menanti jawapan daripada Pakatan Rakyat tetapi malangnya tidak ada jawapan yang pasti atau konkrit yang datang daripada mereka. Jadi siapakah bakal perdana menteri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?

"Rakyat berhak untuk bertanya dan mendapatkan kepastian siapakah bakal memimpin mereka - adakah calon itu Anwar Ibrahim? Hadi Awang? Karpal Singh? Lim Kit Siang? atau Lim Guan Eng?," tanya beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA yang ke-58 di sini, Ahad.

Menurut beliau, di sebalik segala kekurangan dan ketidak sempurnaan Barisan Nasional (BN), semua orang tahu siapa perdana menteri kerajaan yang dipimpin oleh BN.

"Beliau adalah Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak," katanya.

Dan sebaik sahaja beliau berkata demikian, seluruh perwakilan bangun lalu memberikan penghormatan kepada perdana menteri sambil mendapat tepukan yang bergemuruh.

Artikel Lain