suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR Sahkan Tiada Pilihan Raya Kecil DUN Johol

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa pilihan raya kecil tidak akan diadakan biarpun berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Johol, Negeri Sembilan ekoran kematian penyandangnya, Datuk Roslan Md Yusof, Selasa.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah melepasi tempoh penggalnya selama tiga tahun, yang berakhir pada April lalu.

"Kita belum terima apa-apa daripada Speaker DUN Negeri Sembilan mengenai kekosongan kerusi DUN Johol. Bagaimanapun, jika ada kekosongan sekalipun pilihan raya kecil tidak akan diadakan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Wan Ahmad berkata sebarang kekosongan kerusi selepas tempoh itu hanya akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Roslan, 58, meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah kira-kira pukul 4.45 pagi ini, setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas, semalam.

Allahyarham Roslan, yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah, memenangi kerusi DUN itu selepas mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi, pada pilihan raya umum 2008. - BERNAMA

Artikel Lain