suria

Permohonan Visa Pelbagai (DV-2013) 2013 Dibuka Dari 4 Okt Hingga 5 Nov

KUALA LUMPUR: Program Visa Pelbagai 2013 (DV-2013) akan dibuka kepada orang ramai dari 4 Oktober hingga 5 November, kata kedutaan Amerika di sini, pada Jumaat.

Dalam kenyataannya, kedutaan itu berkata pemohon perlu mengemukakan permohonan secara elektronik melalui laman web www.dvlottery.states.gov

Kedutaan itu menasihati pemohon agar tidak menunggu hingga minggu terakhir untuk mengemukakan permohonan, manakala permohonan secara bersurat tidak akan dilayan.

Kenyataan itu berkata beberapa negara tidak layak menyertai program itu kerana telah menghantar lebih 50,000 imigran ke Amerika sejak lima tahun lepas. Negara berkenaan ialah Bangladesh, Brazil, Kanada, China (tanah besar), Colombia, Republik Dominika, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Haiti, India, Jamaica, Mexico, Pakistan, Peru, Filipina, Korea Selatan, United Kingdom (kecuali Ireland Utara) dan wilayah naungannya serta Vietnam.

"Mereka yang dilahirkan di Malaysia, Hong Kong, Macau dan Taiwan layak memohon," katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman web http://malaysia.usembassy.gov/diversity_visas.html

Program tahunan itu mengeluarkan visa kepada mereka yang memenuhi syarat mudah, tetapi ketat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Tiga Individu, Satu Persamaan

Artikel Berikut

Artikel Lain