Dewan Pemuda PAS Pusat Sokong Penuh Nik Aziz Laksana Hudud - Semasa | mStar

Dewan Pemuda PAS Pusat Sokong Penuh Nik Aziz Laksana Hudud

Nasrudin Hassan Tantawi
Nasrudin Hassan Tantawi

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS pusat pada Jumaat menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada keputusan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum hudud di negeri tersebut.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz itu memperlihatkan sikap yang konsisten dalam isu pelaksanaan hukum hudud.

"Saya kagum dan menyokong kenyataan Nik Aziz yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya.

"Sebetulnya ini adalah satu istiqamah (ketaatan) yang dituntut keatas semua pemimpin Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba (bagi mereka yang membesar-besarkan isu ini)," katanya.

Justeru, Narudin menyeru supaya perbahasan mengenai pelaksanaan hukum hudud di media massa segera dihentikan.

"Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan.

"Ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan fekah yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun," katanya.

Jelas beliau lagi, perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, mahupun dialog yang dilakukan secara berterusan.

Namun begitu beliau turut mengaitkan kontroversi yang dibangkitkan mengenai pelaksanaan hudud ini ada kena mengena dengan pilihan raya umum.

"Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu pelaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu pelaksanaan hukum hudud maka ia menandakan musim pilihanraya semakin hampir," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain