suria

Jakoa Bakal Terima Peruntukan Lebih Besar Kemajuan Orang Asli

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bakal menerima peruntukan lebih besar untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) berbanding RM417 juta yang dibelanjakan dalam RMK-9 bagi memajukan Orang Asli di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Sani Mistam berkata, walaupun peruntukan itu belum dapat diumumkan namun jumlah yang disediakan kerajaan untuk RMK-10 adalah lebih besar.

"Sebanyak 3o peratus daripada peruntukan itu nanti dikhaskan kepada pembangunan pendidikan bagi kanak-kanak Orang Asli termasuk mengadakan kelas tuisyen dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kecemerlangan dan Mesra Aidilfitri Pelajar Orang Asli 2011 di Kesedar Inn, di sini, Ahad .

Katanya jabatannya sedang berusaha menyediakan kemudahan asas seperti jalan, bekalan air dan elektrik untuk kampung Orang Asli di Kelantan.

Mohd Sani berkata, kurangnya kemudahan asas itu mungkin menjadi antara faktor keciciran kanak-kanak kaum itu dalam arus pendidikan negara di mana ia perlu diberi perhatian untuk dibangunkan sepanjang masa. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain