Lim Guan Eng Tuntut Utusan Mohon Maaf - Semasa | mStar

Lim Guan Eng Tuntut Utusan Mohon Maaf

GEORGE TOWN: Satu notis tuntutan dikeluarkan kepada Utusan Melayu (M) Bhd dan editornya, meminta mereka menarik balik dan meminta maaf kerana menyiarkan satu artikel yang mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menyalahguna kuasa berhubung pembinaan sebuah lot parkir kereta di Bukit Bendera.

Penasihat undang-undang Lim, Jagdeep Singh Deo berkata, jika tuntutan itu tidak dipenuhi, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Utusan.

"Lim telah menafikan bahawa wujud sebarang penyelewengan atau salah guna kuasa berhubung perkara itu. Ini merupakan pernyataan fitnah berniat jahat dan serius yang ditujukan kepada anak guam saya," katanya di sini, Khamis.

Beliau mendakwa Utusan Malaysia telah menyiarkan artikel itu pada Selasa.

Artikel Sebelum

Lelaki Warga Emas Dijumpai Mati Dalam Rumah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain