suria

Seorang Terbunuh, Dua Cedera Parah Di Sibu

SIBU: Seorang pemandu terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tunku Osman di sini pukul 8.40 pagi, Rabu.

Kushaini Sulong, 39, seorang pemandu di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri di Kuching, meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi lelaki, Ranno Mainor, 24, yang menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Kushaini, cedera parah.

Kushaini, Ranno dan Mohd Khairul Sharizan, 27, dari Jabatan Pelajaran di sini sedang dalam perjalanan dari Sibu untuk menghantar kertas peperiksaan Ujiian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam kenderaan pacuan empat roda.

Mereka diikuti oleh tiga yang lain dalam sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda.

Bagaimanapun, mereka hanya cedera ringan.

Turut cedera parah seorang lelaki berumur 24 tahun yang memandu Toyota Hilux yang bertembung dengan dua kenderaan lain.

Menurut Ketua Polis Sibu ACP Shafiee Ismail, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila pemandu Toyota Hilux, yang datang dari arah bertentangan, hilang kawalan.

Ia melanggar pembahagi jalan dan bertembung dengan kenderaan yang dipandu Kushaini sebelum melanggar kenderaan lain yang mengikuti dari belakang. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain