suria

Pesara Telekom Reka Tanglung Gergasi

GEORGE TOWN: Penyertaan yang mulanya hanya sekadar suka-suka telah mencetuskan idea kepada seorang pesara Telekom untuk mereka bentuk sebuah tanglung gergasi dan berhasrat memecah rekod dalam Malaysian Book of Record (MBOR).

R. Karunaran, 40-an, berkata, dia yang dibantu beberapa saudara dan kenalan mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan tanglung gergasi yang bersaiz 4.3 meter tinggi dan lebar 4.6 meter.

"Semua lukisan, kaligrafi Cina dan hiasan pada tanglung ini saya buat sendiri dengan dibantu oleh saudara dan jiran-jiran, kos sebanyak RM18,000 dibiayai oleh syarikat pengurusan majlis," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Katanya, tanglung gergasi itu akan dipamerkan pada pertandingan tanglung di Bukit Mertajam esok.

Tanglung itu akan dibawa ke Bukit Mertajam malam ini dan memasang sepenuhnya di sana kerana terdapat bahan yang tidak boleh dipasang awal kerana terlalu rapuh.

Pemasangan tanglung ini akan mengambil masa tiga jam kerana memerlukan pemerhatian yang teliti, katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain