Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Meningkat - Semasa | mStar

Jumlah Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Meningkat

KUALA LUMPUR: Jumlah kenderaan di semua laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai bertambah Khamis dan pengguna diingatkan supaya bersabar dan bertolak ansur ketika menuju ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini.

Petugas Pusat Kawalan Projek Lebuhraya Utara-Selatan berkata peningkatan jumlah kenderaan dapat dilihat hari ini namun keadaan masih lagi terkawal dan hanya menyebabkan beberapa laluan yang keadaan trafiknya bergerak perlahan.

"Contohnya di Plaza Tol Juru menghala ke Kuala Lumpur yang kita dapati terdapat baris panjang sejak pagi tadi dan dijangka berlarutan hingga ke petang.

"Laluan lain terkawal dan pergerakan lancar walaupun jumlah pertambahan kenderaan meningkat. Pengguna perlu bersabar ketika terlibat dalam mana-mana kesesakan (jika ada)," katanya ketika dihubungi Bernama, Khamis.

Katanya tiada kemalangan serius berlaku kecuali kemalangan kecil yang berlaku di KM62.9 Simpang Renggam ke Machap melibatkan tiga kenderaan pagi ini.

Dalam perkembangan berkaitan, 17 kematian jalan raya dicatatkan pada hari kesembilan Ops Sikap 24 semalam, menjadikan jumlah angka kematian 166 orang.

Menurut jurucakap trafik Bukit Aman, 14 kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, dua melibatkan pengguna kereta dan satu pengguna motovan.

Beliau berkata jumlah kemalangan di seluruh negara semalam melibatkan 1,036 kes, dan sebanyak 4,832 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan.

Artikel Sebelum

Enam Suspek Cubaan Samun Kedai Pajak Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain