suria

Sumbangan Untuk Bina Hospital Kanak-Kanak Gaza

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mempelawa warga Malaysia yang prihatin dengan nasib rakyat Palestin supaya menyumbang bagi membantu pembinaan sebuah hospital kanak-kanak di Semenanjung Gaza.

Setiausaha Agung MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, yang menyertai misi Ramadan di Gaza Kedua (RADIG2) anjuran majlis itu, berkata rakyat Malaysia boleh membuat sumbangan kepada Tabung Gaza MAPIM melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di nombor 0801-3010-075820).

"Kita mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberi perhatian terhadap nasib rakyat Palestin dengan menjayakan pembinaan hospital kanak-kanak dengan menghulurkan sumbangan," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) setelah pulang dari misi tersebut semalam.

Angkasawan Negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor yang turut menyertai misi tersebut, berkata, rombongan misi itu telah menyampaikan sumbangan AS$60,000 (RM179,370) kepada Menteri Kesihatan Palestin sebagai wang pendahuluan untuk membina hospital berkenaan.

Berdasarkan tinjauannya ketika di Gaza, beliau mendapati kemudahan seperti doktor pakar, wad, katil, ubat-ubatan dan bilik pembedahan masih banyak belum mencukupi.

Artikel Lain