Bimbang Ditangkap Antara Faktor PATI Belum Daftar Program 6P

KUANTAN: Bimbang ditangkap antara faktor pendatang asing tanpa izin (PATI) belum mendaftar di bawah Program 6P yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kata Pengarah JIM Pahang Datuk Mohamed Nasir Osman.

Menurut Mohamed Nasir dianggarkan seramai 100,000 PATI dan pekerja asing yang sah berada di Pahang dengan 49,956 PATI telah mengambil peluang untuk mendaftar di bawah program berkenaan.

"Kita menjangkakan masih terdapat PATI yang belum mendaftar di bawah program ini, berkemungkinan disebabkan kebimbangan PATI itu sendiri yang beranggapan bahawa JIM akan membuat tangkapan sekiranya mereka mendaftar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Katanya kewangan bukanlah penyebab golongan itu tidak mendaftar kerana ia hanya menelan kos RM35 untuk memperolehi slip perakuan untuk mereka mendapatkan pekerjaan sehingga hujung tahun ini.

"Saya ingin menegaskan sepanjang program 6P ini tidak ada tangkapan oleh pihak berkuasa sama ada pihak polis atau pihak imigresen sendiri," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama daripada majikan yang menggaji PATI supaya mendaftarkan pekerja asing masing-masing di bawah program itu untuk mengelak sebarang kesulitan dan di Pahang sehingga kini seramai 3,384 majikan telah berbuat demikian.

Bagi menjayakan perancangan itu katanya, sebanyak 336 syarikat pengurus telah dilantik oleh kerajaan bagi membantu JIM menjalankan program 6P di seluruh negara dan sebanyak 112 cawangan daripada syarikat pengurus berkenaan telah dibuka di Pahang.

Katanya, esok merupakan hari terakhir PATI diberi peluang untuk mendaftar di JIM sebelum ditutup bagaimanapun mereka masih diberi peluang untuk membuat pendaftaran dengan syarikat pengurus sehingga 31 Ogos ini.

Mohamed Nasir berkata syarikat pengurus berkenaan pula diberi tempoh sehingga 5 September depan untuk memulangkan semua alat biometrik kepada kementerian bagi tujuan pendaftaran berkenaan.

Program 6P itu merangkumi enam tindakan iaitu Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran PATI. - BERNAMA

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain