suria

Hadiah Hari Raya Untuk Ibu

Sanisah (kanan) dipeluk ibunya, Salmah Mahmud di Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA
Sanisah (kanan) dipeluk ibunya, Salmah Mahmud di Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA
Sanisah (kanan) dipeluk ibunya, Salmah Mahmud di Lapangan Terbang Batu Berendam di Melaka, Sabtu. - Foto THE STAR Oleh A.MALEK YAHAYA

MELAKA: Selepas hampir satu dekad menyambut Hari Raya di Lombok, Sanisah Abu Bakar dan tiga anaknya kini dapat menyambut hari lebaran dengan keluarganya di sini.

Sanisah, 37, dan anak-anaknya, Nursuhada, 15; Nurizwan, 13 dan Nurakma Najwa, 11, tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam pada Jumaat.

Sebelum ini, Sanisah menulis surat rayuan kepada Ketua Menteri negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya membantu mereka pulang ke tanahair. Mereka menghadapi masalah kewangan untuk membeli tiket penerbangan.

"Saya bersyukur dapat balik ke rumah pada bulan yang mulia ini," kata Sanisah yang meninggalkan keluarganya di Kampung Bukit Darat, Alor Gajah di sini pada 2001.

Dia mengikut suaminya, Widodo Chinasin ke Lombok untuk melawat ibu mertua yang sakit.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak mampu membiayai tiket penerbangan balik ke Malaysia.

Sanisah mendakwa, dia bekerja di sebuah klinik dengan gaji hanya RM20 sebulan.

Dia berkata, sebulan selepas menulis surat kepada Mohd Ali, beberapa pegawai daripada kedutaan Malaysia di Jakarta melawat keluarga tersebut dan membuat persiapan untuk menerbangkan mereka sekeluarga ke Melaka.

Sanisah berkata, bagi sembilan tahun yang lalu, anak-anaknya tidak mempunyai baju baru untuk menyambut Hari Raya.

"Kadang-kala, kami hanya makan ubi kayu yang ditapai sebagai makanan istimewa Hari Raya," katanya sambil menambah dia tidak sabar untuk menikmati masakan asap pedas oleh ibunya.

Ibu kepada Sanisah, Salmah Mahmud, 72 berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan anak perempuannya.

"Saya sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana menyatukan kami semula. Ini adalah hadiah Hari Raya saya yang terbaik," katanya.

Artikel Lain