Perbicaraan Kes Dr Ling Bermula Isnin - Semasa | mStar

Perbicaraan Kes Dr Ling Bermula Isnin

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penipuan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik bermula di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin.

Kes itu didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmadi Asnawi dan dijangka 40 saksi akan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan tersebut.

Pada 29 Julai 2010, Dr Ling didakwa atas satu tuduhan utama dan satu tuduhan pilihan menipu kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah.

Bekas menteri Kabinet itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu antara 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Penipuan itu dilakukan dengan mengetahui bahawa beliau (Dr Ling) boleh menyebabkan kehilangan kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya di dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu, beliau terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi.

Bagi pertuduhan utama, Dr Ling dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Dr Ling didakwa menipu Jemaah Menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama, mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dr Ling mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Manoj Kurup manakala Dr Ling diwakili peguam Wong Kian Kheong. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa