suria

Perkasa Batal Menghadap Agong

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membatalkan rancangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara yang dijadualkan pada pukul 10.30 pagi, Rabu.

Penolong Setiausaha Agung Perkasa, Norlizaizul Ismail mendakwa, rancangan itu terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

"Kita akan buat sidang media pada pukul 5 petang nanti. Segala keputusan sama ada akan terus menyertai perhimpunan pada Sabtu ini akan diputuskan pada sidang media itu nanti," katanya kepada pemberita di Gerai Seri Menanti berhampiran Istana Negara, Rabu.

Artikel Lain