suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abdullah Nafi Laporan Akhbar Australia Mengenai Cubaan Rasuah

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan dakwaan mengenai percubaan rasuah ketika beliau menjadi perdana menteri dan menteri kewangan pada 2003 sebagaimana dilaporkan oleh sebuah akhbar Australia.

"Tidak ada kebenaran langsung dalam dakwaan itu dan saya tidak ingat tentang ada orang menemui saya dengan sebarang tawaran.

"Jika betul ada, sudah tentu saya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk polis untuk tindakan susulan yang perlu," kata Abdullah dalam satu kenyataan di sini.

Akhbar The Age melaporkan hari ini bahawa sebuah firma cetak wang kertas disyaki cuba merasuah Abdullah bagi menolongnya mendapatkan kontrak mata wang $31 juta. - BERNAMA

Artikel Lain