suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Badan Peguam Sambut Baik Titah Agong

KUALA LUMPUR: Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan kepada negara adalah kena pada masanya dan sangat dialu-alukan, kata Badan Peguam Malaysia.

Presidennya Lim Chee Wee berkata semua pihak perlu menimbangkan nasihat Seri Paduka Baginda dan mewujudkan keamanan.

Namun pada masa yang sama Badan tersebut mahu polis mendakwa aktivis yang ditahan di mahkamah dan bukan di bawah Ordinan Darurat, katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Tuanku Mizan dalam titah khas baginda Ahad lalu, mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu mengikut amalan di negara lain, kerana keharmonian dan kestabilan adalah asas penting kepada sesebuah negara yang perlu dilindungi oleh semua pihak. -BERNAMA

Artikel Lain