suria

Prosiding Inkues Siasat Kematian Ahmad Sarbani Bermula Isnin

KUALA LUMPUR: Prosiding inkues untuk menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, akan bermula Isnin di Mahkamah Majistret 3 di sini.

Inkues itu, yang ditetapkan sehingga 15 Julai, akan didengar di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Beliau dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Pada 3 Jun lepas, polis memfailkan permohonan supaya diadakan inkues bagi menyiasat kematian Ahmad Sarbani mengikut Seksyen 399(1) Kanun Prosedur Jenayah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain