suria

Kedutaan AS Ditutup Isnin Ini Sempena Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR: Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup Isnin ini bagi memperingati Hari Kemerdekaan negara itu.

Semua perkhidmatan kedutaan termasuk visa dan pasport Amerika akan dibuka semula pada Selasa ini, kata kenyataan kedutaan itu di sini, Jumaat.

Untuk sebarang kecemasan selepas waktu pejabat, kedutaan itu boleh dihubungi melalui talian 03-21685000.

Tarikh 4 Julai adalah Hari Kemerdekaan negara itu apabila koloni Amerika mengisytiharkan kemerdekaan daripada pemerintahan British.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain