suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Padang Serai Tubuh NGO

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan kini mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas).

Gobalakrishnan berkata, objektif Perkemas adalah untuk mengenegahkan urus tadbir baik dan membantu masyarakat pada semua peringkat.

"Kami akan melakukan semua perkara asas yang dilakukan oleh parti-parti politik iaitu untuk berkhidmat," ujarnya pada satu sidang akhbar di lobi Parlimen, Khamis.

Perkemas juga katanya akan mempertahankan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Ia terbuka kepada semua kaum.

Kata Gobalakrishnan, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pendaftaran Perkemas pada Isnin lalu (27 Jun).

Perkemas katanya lagi akan berpusat di Kedah tetapi menurut Gobalakrishnan ada kemungkinan beliau akan membuka cawangan di Kuala Lumpur.

Artikel Lain