suria

Suhakam: Perhimpunan Aman Tidak Seharusnya Disekat

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, perhimpunan aman tidak harus disekat daripada diadakan kerana ia adalah hak asasi awam untuk berbuat demikian.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, Suhakam berpendirian bahawa perhimpunan jalanan yang ingin dianjurkan oleh Bersih, perhimpunan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Gerak Aman pada 9 Julai ini harus dibenarkan selagi ia diadakan dalam suasana yang aman dan tenteram.

Artikel Berikut

Artikel Lain