suria

Hari Terbuka GLC 2011 Mulai Jumaat

KUALA LUMPUR: Hari terbuka GLC 2011 bertujuan mewujudkan kesedaran serta meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai peranan unik yang dimainkan oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Dalam satu kenyataan, penganjur hari terbuka itu, Jawatakuasa Putrajaya mengenai Prestasi Tinggi GLC (PCG) berkata, acara itu juga akan mengetengahkan sumbangan mereka dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Acara tiga hari itu yang bertemakan "Pembangunan Negara, Menyentuh Kehidupan", akan bermula Jumaat (24 Jun), dengan penyertaan lima GLIC dan 18 GLC.

"Masa penganjuran acara itu bersempena pelaksanaan 10 tahun program Transformasi GLC (GLCT), dengan syarikat terbabit berjaya mengharungi krisis global dan menjadi lebih kukuh dan menempatkan diri pada kedudukan yang lebih baik," katanya.

Menurutnya syarikat G20 dalam Program GLCT kini dalam peringkat peningkatan, menyumbang dengan ketara terhadap ekonomi dan pada masa yang sama terus mengembang ke peringkat serantau.

"Tiga GLC -- Maybank, CIMB dan Axiata -- jelas meletakkan kedudukan masing-masing sebagai juara serantau," katanya.

PCG berkata Hari Terbuka itu juga menganjurkan forum awam yang dipengerusikan oleh para pemimpin GLC bagi membincangkan pelbagai isu.

Untuk maklumat lanjut mengenai hari terbuka itu, layari www.glcopenday.com.my.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain