Tubuh Lembaga Pengawasan Syariah Kawal Media Hina Islam - Semasa | mStar

Tubuh Lembaga Pengawasan Syariah Kawal Media Hina Islam

PETALING JAYA: PAS menyarankan penubuhan panel khas pengawasan syariah yang berfungsi mengawal penyiaran dan memandu media supaya tidak menyiarkan unsur-unsur yang bercanggah dengan agama Islam.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan tersebut wajar dilaksanakan bagi memastikan perbuatan menghina Islam tidak berulang sepertimana yang berlaku dalam insiden penyiaran karikatur ‘Kekeliruan Kes Rogol’ yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia, Rabu lalu.

“Lembaga pengawasan syariah ini bukan sahaja boleh mengawal agar penyiaran tidak bercanggah dengan syarak, tetapi turut memandu media perdana agar setiap bahan penerbitan yang boleh merosakkan minda atau akhlak remaja dapat dikawal dan memastikan mereka untuk menyiarkan bahan penyiaran yang lebih bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Rabu lalu, akhbar Utusan Malaysia menyiarkan karikatur bertajuk ‘Kekeliruan Kes Rogol’ karya Miki yang membuat perbandingan dua situasi mengenai kaedah pelaksanaan hukuman jenayah rogol dan zina.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan mendakwa mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh 'tok penghulu' yang berserban dan berjubah kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula memaparkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima aduan berkenaan.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, penghasilan karikatur tersebut tidak membantu perpaduan kaum sebaliknya ia mengelirukan akidah umat Islam.

“Dengan adanya lembaga pengawasan syariah ini, diharap dapat membina media lebih bertanggungjawab kerana kesan penyebaran media perdana mempunyai kesan langsung kepada rakyat,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan pelukis karikatur serta pihak pengurusan Utusan Malaysia yang menyiarkan karikatur berkenaan supaya meminta maaf.

“Kesilapan mereka boleh dianggap sebagai satu penghinaan besar kepada hukum syarak dan juga telah mengelirukan orang ramai mengenai ajaran Islam yang sebenar dalam isu rogol,” katanya.

Pada Jumaat, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan beberapa Exconya menghantar memorandum bantahan terhadap penyiaran karikatur yang didakwa menghina Islam di ibu pejabat Utusan Malaysia.

Dalam memorandum tersebut, Pemuda PAS memberi tempoh tujuh hari bermula daripada tarikh karikatur berkenaan disiarkan menuntut supaya pihak pengurusan Utusan Malaysia memohon maaf berhubung penyiaran karikatur berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain