Ahmad Zahid Cabar PAS Tunjuk Model Kebajikan Islam

MACHANG: Kerajaan pimpinan Pas di Kelantan dicabar mengemukakan model projek negara kebajikan berasaskan Islam yang dilaksanakan sepanjang 20 tahun parti itu memerintah Kelantan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Pas tidak perlu menuduh Umno kononnya projek-projek yang dijalankan sebelum ini tidak menepati kehendak Islam jika mereka gagal menunjukkan model yang telah dilakukan.

"Walaupun diberi peluang dalam tempoh yang panjang setahu saya tiada apa-apa model yang boleh ditunjukkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Machang di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar di sini, petang semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa bahawa projek-projek kebajikan yang dilakukan oleh Umno tidak menepati kehendak Islam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata kerajaan Persekutuan memperuntukkan lebih RM78 juta setahun untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan dalam pelbagai bidang.

Katanya ini termasuk subsidi kepada golongan petani dan nelayan, orang tua, orang kurang upaya (OKU), buku teks dan bantuan wang kepada pelajar miskin.

"Adakah pemberian itu tidak berasaskan Islam," katanya.

Beliau berkata alasan itu cuma untuk mengaburi rakyat apabila parti itu gagal dengan misi untuk membangun sebuah negara Islam dengan yang terbaru menukarkannya untuk membangun sebuah negara berkebajikan berasaskan desakan DAP.

Ahmad Zahid berkata jika parti itu ikhlas untuk membangun sebuah negara Islam dan dengan menampilkan perlembagaannya sebagaimana yang dituntut oleh Islam, Umno akan menyokongnya.

Beliau berharap perjuangan yang tidak konsisten itu dapat membuka mata pengundi yang berada "atas pagar" agar mereka menyokong Umno yang benar-benar ikhlas untuk perjuangan bangsa dan agama pada pilihan raya umum akan datang.- BERNAMA

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain